2 Cara Mudah Memulakan Perniagaan Internet
Rabu, 01 Januari 2014
0
komentar
Untuk artikel kali ini, saya akan menunjukkan cara mudah bagaimana untuk anda memulakan perniagaan di internet. Sering kali soalan-soalan seperti ini akan ditanyakan kepada saya. “Bagaimana nak jual produk kita di internet?” , “bagaimana awak berniaga di internet?” , dan banyak lagi soalan-soalan yang sering ditanyakan kepada saya mengenai perniagaan internet.
Ramai orang tahu perniagaan internet sangat menguntungkan tetapi tidak ramai yang tahu cara untuk memulakan perniagaan di internet. Dalam artikel ini, saya akan memberikan anda 5 cara mudah untuk anda memulakan perniagaan di internet.
1. Produk. Perkara pertama untuk memulakan perniagaan di internet adalah dengan mencari produk. Tidak kira sama ada anda berniaga online atau offline, anda perlu ada produk untuk dijual. Anda perlu cari produk yang unik dan disukai ramai. Cuba jual barang yang orang nak sangat beli tapi segan nak beli di kedai biasa. Barang macam tu lah yang sesuai dijual secara online. Barang yang susah dapat di kedai biasa akan menjadi sesuai dijual secara online. Sebagai contoh, coba anda jual durian crepe online kerana sekarang ni durian crepe menjadi pilihan ramai rakyat di Malaysia. Walaupun dah ramai yang menjual durian crepe, tapi masih lagi laku. Contoh yang tidak sesuai pula adalah Pisang Goreng. Bila beli pisang goreng orang tak mahu tunggu lama. Mereka mahu makan on the spot masa tengah panas-panas tu. Tapi kalau anda boleh buat Pisang Goreng delivery macam pizza , maka ia boleh difikirkan.
2. Ambil gambar produk. Ini adalah perkara yang paling penting sekali. Anda perlu berusaha untuk mengambil gambar produk anda sendiri dan pastikan ianya diambil dengan professional. Jika anda ingin menjual tudung, sebaiknya anda mendapatkan seorang model untuk memakai tudung tersebut. Dan ambil gambar tersebut dengan cara yang professional. Elakkan dan jangan sesekali untuk mengambil gambar tudung orang lain kerana itu sudah dikira sebagai mencuri. Apa yang kita jual, pastikan gambar yang diambil adalah hasil daripada usaha kita sendiri dan bukan daripada gambar hasil orang lain. Pada permulaan ia mungkin akan mengeluarkan modal yang banyak untuk mengambil gambar yang professional, tapi yakinlah insya Allah anda akan mendapat pulangan modal kembali dari hasil yang bersih tersebut. Jika anda mencuri gambar orang lain, ia sudah dianggap anda mencuri dan tidak jujur dalam perniagaan.
sumber :
http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/perniagaan-internet/5-cara-mudah-memulakan-perniagaan-internet-bahagian-1/
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: 2 Cara Mudah Memulakan Perniagaan Internet
Ditulis oleh Unknown
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke https://anneaaben.blogspot.com/2014/01/2-cara-mudah-memulakan-perniagaan.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Unknown
Rating Blog 5 dari 5
0 komentar:
Posting Komentar